Program Teknologi Motosikal
Program latihan kemahiran berasaskan teori dan amali bagi melahirkan tenaga mahir yang kompeten dalam bidang penyelenggaraan, servis, diagnostik dan teknologi motosikal.
Program Kemahiran TVET
Teknologi Motosikal
Program ini menyediakan latihan menyeluruh dalam bidang teknologi motosikal bagi melahirkan graduan berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia membina kerjaya atau menceburi bidang keusahawanan dalam industri permotoran.
Keterangan Kursus
Program Teknologi Motosikal dibangunkan bagi melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teknologi dan kemahiran teknikal yang selari dengan perkembangan serta keperluan semasa industri permotoran.
Latihan yang disediakan bertujuan membentuk individu yang kompeten, berkemahiran tinggi dan mampu memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. Program ini turut memberikan asas pengetahuan serta kemahiran kepada pelajar yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan dalam industri motosikal.
Aspek latihan merangkumi pembelajaran teori dan amali secara hands-on berdasarkan keperluan industri. Pelajar akan diberikan pendedahan berkaitan teknologi motosikal terkini serta menjalani latihan teknikal dalam persekitaran industri sebenar.
Modul program memberikan penekanan kepada kemahiran penyelenggaraan, servis, pemeriksaan, merombak dan memasang semula enjin atau engine overhaul. Pelajar turut mempelajari kaedah pemeriksaan, pengesanan kerosakan serta penggunaan sistem diagnostik elektronik selaras dengan perkembangan teknologi motosikal semasa.
Bidang Pembelajaran Utama
Servis Motosikal
Penyelenggaraan Motosikal
Teknologi Enjin
Baik Pulih Enjin
Sistem Elektrik Motosikal
Sistem Diagnostik Elektronik
Pemeriksaan Kerosakan
Penalaan Motosikal
Keselamatan Bengkel
Pentauliahan
Program Teknologi Motosikal mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi melaksanakan Persijilan Kemahiran Malaysia.
Tahap 1
TP-118-1:2012
Motorcycle Servicing & Maintenance
Tahap 2
TP-118-2:2012
Motorcycle Servicing & Maintenance
Tahap 3
TP-118-3:2012
Motorcycle Servicing & Maintenance
Tempoh dan Pengambilan
Program ini dilaksanakan secara sepenuh masa merangkumi latihan kemahiran dari Tahap 1 hingga Tahap 3.
Tempoh Pengajian
Tahun Sepenuh Masa
LI
Termasuk 3 Bulan Latihan Industri
1×
Pengambilan Pelajar Sekali Setahun
Syarat Kemasukan
Pemohon yang berminat untuk mengikuti program ini hendaklah memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Bumiputera.
- Berumur antara 17 hingga 25 tahun.
- Tamat Tingkatan 5.
- Belum berkahwin.
- Sihat dari segi mental dan fizikal.
- Lulus SPM, SPMV atau kelayakan yang setaraf.
- Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Lulus mata pelajaran Sejarah bagi calon SPM tahun 2013 dan ke atas.
- Tamat Tingkatan 5.
- Lepasan institusi tahfiz atau pondok.
Kemahiran yang Dipelajari
Pelajar akan mengikuti latihan teori dan amali dalam pelbagai aspek servis, penyelenggaraan serta teknologi motosikal.
- Melaksanakan servis dan penyelenggaraan motosikal.
- Memeriksa keadaan serta prestasi enjin.
- Merombak dan memasang semula enjin.
- Mengesan serta mengenal pasti kerosakan motosikal.
- Menggunakan peralatan diagnostik elektronik.
- Menyelenggara sistem elektrik motosikal.
- Melaksanakan kerja penalaan motosikal.
- Mengamalkan prosedur keselamatan bengkel dan tempat kerja.
Prospek Kerjaya
Graduan Program Teknologi Motosikal mempunyai peluang untuk membina kerjaya dalam industri permotoran, pemasangan motosikal, pusat servis, kawalan kualiti, latihan kemahiran serta bidang keusahawanan.
Usahawan Pusat Servis dan Jualan
Usahawan Dyno Motosikal
Penyelia Pusat Servis
Penyelia Pemasangan Motosikal
Juruteknik Penalaan Motosikal
Juruteknik Motosikal
Juruteknik Kawalan Kualiti (QC)
Tenaga Pengajar Teknologi Motosikal
Pembantu Teknik di Agensi Kerajaan