Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, selawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga
dan para sahabat Baginda sekalian.
Terlebih dahulu saya mewakili seluruh warga kerja Kolej
KEDA ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melayari
laman sesawang rasmi institusi ini.
Kolej KEDA merupakan Institusi Awam (hak milik penuh
Kerajaan) di bawah agensi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah
(KEDA) dinaungi oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Merupakan institusi yang menawarkan kemudahan
latihan kemahiran (TVET) yang berteraskan Diploma
Kemahiran Malaysia (DKM), Persijilan Kemahiran Malaysia
(SKM) dan juga persijilan dari Suruhanjaya Tenaga (ST)
serta kursus-kursus komersial jangka pendek.
Sehubungan itu, saya berharap fokus utama ini dapat
menolong bakal-bakal pelajar dan bekas pelajar (ALUMNI)
serta orang awam memahami peranan dan tanggungjawab Kolej
KEDA yang berusaha memberi kemudahan latihan berkualiti
kepada belia dan masyarakat berkaitan TVET.
Sekian, terima kasih kerana melayari laman web Kolej KEDA.
“Mensejahterakan Luar Bandar”
“Kemahiran Membina Kecemerlangan”
Che Ridzuan Bin Mohamad Isa
Pengarah Kolej KEDA