Unit dan Tugas
Setiap unit di Kolej KEDA memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan, pembangunan latihan dan penyampaian perkhidmatan dilaksanakan dengan cekap serta berkesan.
01
Unit
Pentadbiran
Menguruskan pentadbiran, kewangan, dokumen, keselamatan, kenderaan dan perolehan Kolej KEDA.
02
Unit
Pembangunan TVET
Merancang, melaksanakan dan menyelaras sistem pengajaran dan pembelajaran bagi kursus kemahiran TVET.
03
Unit
Hartanah & Domestik
Menyelenggara dan mengurus kemudahan penginapan, dewan seminar serta kemudahan lain yang terdapat di Kolej KEDA.
04
Unit
ICT
Merancang, melaksanakan dan memantau pembangunan sistem maklumat untuk kegunaan Kolej KEDA.
05
Unit
Pembangunan Jangka Pendek
Menjalankan Kursus Pembangunan Masyarakat atau program latihan jangka pendek kepada kumpulan sasar dan komuniti.