Terma dan Syarat
Sila baca dan fahami terma serta syarat penggunaan Portal Rasmi Kolej KEDA sebelum mengakses atau menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
Penggunaan Portal
Persetujuan Penggunaan Portal
Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan portal serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di portal ini.
Penerimaan Terma dan Syarat
Sekiranya anda mengakses portal ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada
syarat-syarat ini. Dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pengguna dan pihak kami bagi akses dan/atau penggunaan portal ini.
Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi portal ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan terhadap syarat-syarat ini.
01
Tanggungjawab
Had Tanggungjawab
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, berkaitan, khusus, turutan atau teladan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tidak ketara yang lain akibat daripada:
- Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini.
- Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan; mesej yang diterima; atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada portal ini.
- Akses tanpa kebenaran atau perubahan terhadap penghantaran atau data anda.
- Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di portal ini.
- Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan penggunaan portal ini.
02
Pihak Ketiga
Pautan
Kami boleh menyediakan pautan kepada portal lain. Portal tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga. Oleh itu, kami tidak mempunyai kawalan ke atas portal dan sumber berkenaan.
Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap laman atau sumber luar tersebut serta tidak menyokong atau bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan melalui laman dan sumber berkenaan.
Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh, dipercayai berpunca daripada atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan
terhadap kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan melalui laman atau sumber tersebut.
03
Akses Perkhidmatan
Penamatan
Kami boleh menamatkan akses anda kepada mana-mana bahagian perkhidmatan atau keseluruhan perkhidmatan
serta mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis dan berkuat kuasa serta-merta.
Kami juga boleh menamatkan atau menggantung akaun yang tidak aktif, iaitu akaun yang gagal menggunakan perkhidmatan portal bagi suatu tempoh tertentu.
Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.
04
Pindaan Terma
Perubahan kepada Syarat-syarat Perkhidmatan
Kami mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan, demi menjaga keselamatan portal atau dalam keadaan di luar kawalan, kami boleh mengubah, mengubah suai, membatalkan atau menambah syarat-syarat ini tanpa memberikan notis terdahulu.
Anda bertanggungjawab untuk mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan terkini.
Akses dan penggunaan portal secara berterusan selepas sesuatu perubahan dibuat akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap perubahan tersebut.
05
Perkhidmatan Portal
Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan
Kami mempunyai hak untuk mengubah suai atau menamatkan perkhidmatan, atau mana-mana bahagian daripada perkhidmatan, sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis.
Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatan tersebut.
06
Peruntukan
Umum
Tajuk-tajuk yang digunakan dalam syarat-syarat ini adalah untuk tujuan rujukan sahaja dan tidak boleh diambil kira dalam tafsiran syarat-syarat ini.
Sekiranya mana-mana peruntukan dalam syarat-syarat ini didapati menyalahi undang-undang atau tidak sah berdasarkan undang-undang atau peraturan semasa atau akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan.
Syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah tersebut tidak wujud. Peruntukan-peruntukan lain akan terus berkuat kuasa sepenuhnya tanpa terjejas oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau tidak sah tersebut.
Penggunaan Berterusan Dianggap Sebagai Persetujuan
Dengan terus mengakses dan menggunakan Portal Rasmi Kolej KEDA, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi terma serta syarat yang dinyatakan.