Program Teknologi Fabrik Lelaki
Program latihan kemahiran dalam bidang penghasilan pakaian lelaki yang merangkumi teknik mengukur, menghasilkan pola, memotong fabrik dan menjahit menggunakan peralatan serta teknologi jahitan terkini.
Program Kemahiran TVET
Teknologi Fabrik Lelaki
Program ini menyediakan latihan teori dan amali bagi melahirkan tenaga kerja mahir, kreatif dan kompeten dalam bidang penghasilan pakaian lelaki serta memenuhi keperluan industri fesyen dan tekstil.
Keterangan Kursus
Program Teknologi Fabrik Lelaki dibangunkan bagi menyediakan peluang kepada pelajar yang berminat untuk mengikuti pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bidang teknologi fabrik. Program ini menjadi platform dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan terlatih untuk memenuhi keperluan industri fesyen, pakaian dan tekstil.
Program ini turut membantu mengembangkan pengetahuan, kemahiran teknikal dan kreativiti pelajar agar mampu merebut peluang pekerjaan serta membina kerjaya dalam industri. Pelajar juga diberikan pendedahan berkaitan bidang keusahawanan sebagai persediaan untuk mengusahakan perniagaan sendiri.
Sepanjang mengikuti program, pelajar akan mempelajari dunia fesyen lelaki serta teknik mengambil ukuran, menghasilkan pola, memotong fabrik dan menjahit pelbagai jenis pakaian lelaki. Latihan dilaksanakan menggunakan pelbagai jenis mesin dan peralatan jahitan terkini.
Program ini juga menyokong usaha kerajaan dalam meningkatkan bilangan tenaga mahir dalam bidang teknologi fabrik serta melahirkan graduan yang berdaya saing, berkemahiran tinggi dan bersedia untuk memasuki alam pekerjaan.
Bidang Pembelajaran Utama
Rekaan Pakaian Lelaki
Teknik Mengambil Ukuran
Penghasilan Pola
Teknik Memotong Fabrik
Teknik Jahitan
Pengendalian Mesin Jahit
Penghasilan Sampel
Keusahawanan Fesyen
Pentauliahan
Program Teknologi Fabrik Lelaki di Kolej KEDA mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi melaksanakan Persijilan Kemahiran Malaysia.
Tahap 2
C141-001-2:2017
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Kemahiran yang Dipelajari
Pelajar akan diberikan latihan secara teori dan amali dalam proses penghasilan pakaian lelaki.
- Mengambil ukuran badan dengan tepat.
- Menghasilkan dan mengubah suai pola pakaian.
- Memilih fabrik mengikut jenis pakaian.
- Memotong fabrik berdasarkan pola.
- Mengendalikan mesin dan peralatan jahitan.
- Menjahit dan menghasilkan pakaian lelaki.
- Melaksanakan kerja kemasan pakaian.
Syarat Kemasukan
Pemohon yang berminat untuk mengikuti program ini hendaklah memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Bumiputera.
- Berumur antara 17 hingga 25 tahun.
- Tamat Tingkatan 5.
- Belum berkahwin.
- Sihat dari segi mental dan fizikal.
- Lulus SPM, SPMV atau kelayakan yang setaraf.
- Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Lulus mata pelajaran Sejarah bagi calon SPM tahun 2013 dan ke atas.
- Tamat Tingkatan 5.
- Lepasan institusi tahfiz atau pondok.
Peluang dalam Industri
Graduan mempunyai peluang untuk membina kerjaya atau menceburi bidang keusahawanan dalam sektor fesyen, pakaian, tekstil dan pengeluaran fabrik.
- Industri fesyen dan pakaian.
- Industri pembuatan tekstil.
- Syarikat pengeluaran pakaian.
- Butik pakaian dan perkhidmatan jahitan.
- Perniagaan pakaian secara dalam talian.
- Perkhidmatan rekaan dan penghasilan pakaian.
Prospek Kerjaya
Graduan Program Teknologi Fabrik Lelaki mempunyai peluang untuk membina kerjaya dalam industri fesyen, pakaian, tekstil, latihan kemahiran dan keusahawanan.
Pereka Fesyen
Perunding Imej
Pengusaha Butik / Usahawan
Penolong Pegawai Latihan Vokasional
Pegawai Penilai Pusat Bertauliah
Pengajar Kemahiran
Tukang Jahit
Pembuat Pola
Pembuat Sampel
Pemotong Fabrik
Penyelia Pengeluaran
Pembantu Wardrobe