Program Teknologi Elektrik
Program latihan kemahiran elektrik berasaskan teori dan amali bagi melahirkan tenaga mahir yang kompeten serta memenuhi keperluan industri.
Program Kemahiran TVET
Teknologi Elektrik
Struktur kurikulum Program Teknologi Elektrik dibangunkan bagi menyediakan graduan berkemahiran tinggi dalam bidang pemasangan, penyelenggaraan dan pengujian sistem elektrik selaras dengan keperluan industri tempatan.
Keterangan Kursus
Program Teknologi Elektrik menyediakan latihan kemahiran yang menyeluruh bagi memenuhi permintaan tenaga mahir dalam sektor elektrikal, khususnya bidang pemasangan dan pendawaian elektrik.
Latihan dilaksanakan melalui pembelajaran teori dan amali secara hands-on bagi melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teknikal, kemahiran praktikal serta kompetensi yang diperlukan oleh industri.
Modul latihan merangkumi lukisan elektrik, kaedah pendawaian, baik pulih pendawaian elektrik, pemasangan dan penyelenggaraan sistem kawalan motor satu fasa dan tiga fasa, penyelenggaraan peralatan elektrik, pengujian serta penyeliaan kerja elektrik.
Pelajar turut diberikan pendedahan berkaitan aspek keselamatan, penggunaan peralatan moden, pengurusan risiko serta kaedah menyelesaikan masalah dalam tugasan harian. Pelajar juga akan menjalani latihan industri bagi memperoleh pengalaman dalam persekitaran pekerjaan sebenar.
Bidang Pembelajaran Utama
Lukisan Elektrik
Pendawaian Elektrik
Sistem Satu Fasa
Sistem Tiga Fasa
Kawalan Motor
Penyelenggaraan Elektrik
Pengujian Elektrik
Keselamatan Elektrik
Pentauliahan
Program Teknologi Elektrik mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi melaksanakan Persijilan Kemahiran Malaysia serta persijilan Pendawai PW1 dan PW2.
Tahap 2
F432-005-2:2019
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa
Tahap 3
F432-005-3:2019
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa
ST
Sijil Pendawai PW1 & PW2
Tempoh Kursus
Program ini dilaksanakan secara sepenuh masa dalam tempoh keseluruhan selama dua tahun.
Tempoh Pengajian
Tahun Sepenuh Masa
12 Bulan
SKM Tahap 2
F432-005-2:2019
12 Bulan
SKM Tahap 3
F432-005-3:2019
Syarat Kemasukan
Pemohon yang ingin mengikuti program ini hendaklah memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Bumiputera.
- Berumur antara 17 hingga 25 tahun.
- Tamat Tingkatan 5.
- Belum berkahwin.
- Sihat dari segi mental dan fizikal.
- Lulus SPM, SPMV atau kelayakan yang setaraf.
- Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Lulus mata pelajaran Matematik.
- Lulus mata pelajaran Sains atau Sains Tambahan.
- Lulus mata pelajaran Sejarah bagi calon SPM tahun 2013 dan ke atas.
- Tamat Tingkatan 5.
- Lepasan institusi tahfiz atau pondok.
Penganugerahan
Pelajar yang berjaya menamatkan program dan memenuhi syarat yang ditetapkan berpeluang menerima persijilan berikut:
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 daripada JPK.
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 daripada JPK.
- Sijil Pendawai PW1 dan PW2.
- Sijil Badan Profesional.
Prospek Kerjaya
Graduan Program Teknologi Elektrik mempunyai peluang kerjaya dalam sektor awam dan swasta, termasuk industri pembinaan, pembuatan, tenaga, telekomunikasi, penyelenggaraan bangunan dan pengurusan loji.
Penolong Jurutera Elektrik
Juruteknik Elektrik
Pendawai Elektrik
Pengajar Vokasional
Usahawan Elektrik
Tenaga Pengajar TVET