Program Teknologi Kimpalan
Program latihan kemahiran kimpalan berasaskan teori dan amali bagi melahirkan tenaga mahir yang kompeten, berkemahiran tinggi serta memenuhi keperluan industri.
Program Kemahiran TVET
Teknologi Kimpalan
Program ini menyediakan latihan menyeluruh dalam teknologi dan proses kimpalan bagi melahirkan graduan berkemahiran tinggi yang bersedia membina kerjaya dalam industri pembuatan, pembinaan, minyak dan gas serta perkapalan.
Keterangan Kursus
Program Teknologi Kimpalan dibangunkan bagi melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teknologi, kemahiran teknikal dan kompetensi dalam bidang kimpalan. Latihan yang disediakan bertujuan melahirkan tenaga mahir yang mampu memenuhi keperluan pasaran pekerjaan dalam industri tempatan dan antarabangsa.
Aspek latihan merangkumi pembelajaran teori dan amali secara hands-on bagi memastikan pelajar menguasai teknik serta proses kimpalan mengikut keperluan industri. Modul latihan merangkumi proses Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Flux-Cored Arc Welding (FCAW) dan pemotongan plasma.
Pelajar turut diberikan pendedahan berkaitan keselamatan bengkel, kecacatan kimpalan, ujian tanpa musnah atau Non-Destructive Testing (NDT), metalurgi serta prinsip beban statik dan dinamik.
Selain itu, pelajar akan mempelajari pelbagai kaedah pemeriksaan dan kawalan kualiti kimpalan seperti pemeriksaan visual, ujian tanpa musnah dan ujian musnah. Pelajar juga akan menjalani latihan industri bagi memperoleh pengalaman serta pendedahan dalam persekitaran pekerjaan sebenar.
Bidang Pembelajaran Utama
SMAW
GMAW
GTAW
FCAW
Pemotongan Plasma
Keselamatan Kimpalan
Kecacatan Kimpalan
Ujian NDT
Metalurgi
Kawalan Kualiti Kimpalan
Pentauliahan
Program Teknologi Kimpalan di Kolej KEDA mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi melaksanakan Persijilan Kemahiran Malaysia.
Tahap 3
MC-024-3:2021
Shielded Metal Arc Welding (SMAW) Process
Tahap 3
MC-026-3:2012
Gas Tungsten Arc Welding (GTAW) Process
Kemahiran yang Dipelajari
Pelajar akan mengikuti latihan teori dan amali dalam pelbagai proses serta teknologi kimpalan.
- Melaksanakan proses kimpalan SMAW.
- Melaksanakan proses kimpalan GMAW.
- Melaksanakan proses kimpalan GTAW.
- Melaksanakan proses kimpalan FCAW.
- Mengendalikan proses pemotongan plasma.
- Mengenal pasti dan menilai kecacatan kimpalan.
- Melaksanakan pemeriksaan visual kimpalan.
- Memahami kaedah ujian tanpa musnah dan ujian musnah.
- Mengamalkan prosedur keselamatan bengkel dan tempat kerja.
Syarat Kemasukan
Pemohon yang berminat untuk mengikuti program ini hendaklah memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Bumiputera.
- Berumur antara 17 hingga 25 tahun.
- Tamat Tingkatan 5.
- Belum berkahwin.
- Sihat dari segi mental dan fizikal.
- Lulus SPM, SPMV atau kelayakan yang setaraf.
- Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Lulus mata pelajaran Sejarah bagi calon SPM tahun 2013 dan ke atas.
- Tamat Tingkatan 5.
- Lepasan institusi tahfiz atau pondok.
Peluang dalam Industri
Graduan mempunyai peluang untuk membina kerjaya dalam pelbagai sektor yang memerlukan tenaga mahir dalam bidang fabrikasi dan teknologi kimpalan.
- Industri pembuatan dan pembinaan logam.
- Industri minyak dan gas.
- Industri perkapalan.
- Industri pemasangan mesin dan jentera.
- Industri fabrikasi logam.
- Industri pembinaan dan penyelenggaraan.
Prospek Kerjaya
Graduan Program Teknologi Kimpalan mempunyai peluang kerjaya dalam industri pembuatan, fabrikasi logam, pembinaan, minyak dan gas, perkapalan serta pemasangan mesin dan jentera.
Penolong Jurutera Kimpalan
Pemeriksa Kimpalan
Jurukimpal
Jurukimpal dan Pemasang
Juruteknik Fabrikasi
Pengajar Vokasional
Tenaga Pengajar TVET
Usahawan Kimpalan