Program Teknologi Penyediaan Makanan
Program Teknologi Makanan di Kolej KEDA merupakan program latihan kemahiran berasaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara Single Tier yang menggabungkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2, iaitu Penyediaan dan Penghasilan Makanan, serta Tahap 3, iaitu Operasi Seni Kulinari.
Program Kemahiran TVET
Teknologi Penyediaan Makanan
Program ini dirangka untuk memberikan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal dalam bidang kulinari, merangkumi teknik penyediaan makanan profesional, kaedah memasak, penghasilan pelbagai jenis hidangan serta pengurusan operasi dapur komersial. Pendekatan pembelajaran secara hands-on membolehkan pelajar memperoleh pengalaman praktikal melalui latihan di dapur dan bengkel kulinari yang dilengkapi dengan kemudahan bersesuaian.
Sepanjang tempoh latihan, pelajar akan didedahkan kepada pelbagai kemahiran, termasuk teknik memotong bahan mentah, penyediaan menu tempatan dan antarabangsa, penghasilan sos, sup, salad, mi dan pasta, penyediaan pencuci mulut serta amalan kebersihan dan keselamatan makanan mengikut keperluan industri.
Pada peringkat Tahap 2, pelajar akan mempelajari asas kulinari, teknik penyediaan bahan, kaedah memasak standard dan penghasilan makanan berdasarkan resipi serta spesifikasi yang ditetapkan. Seterusnya, pada peringkat Tahap 3, pelajar akan memperkukuh kemahiran dalam seni kulinari lanjutan, penyediaan hidangan komersial, kawalan kualiti makanan, persembahan hidangan (food plating) dan pengurusan operasi dapur secara sistematik.
Graduan program ini berpeluang menceburi pelbagai bidang kerjaya dalam industri hospitaliti dan perkhidmatan makanan, antaranya sebagai pembantu chef, pembantu penyediaan makanan serta tenaga kerja mahir di hotel, restoran, kafe, syarikat katering dan institusi penyediaan makanan. Selain itu, kemahiran yang diperoleh turut membuka peluang kepada graduan untuk menceburi bidang keusahawanan melalui perniagaan makanan sendiri.
Seiring dengan keperluan industri yang semakin berkembang, Kolej KEDA komited untuk melahirkan graduan TVET yang kompeten, kreatif, berdisiplin dan berdaya saing, sekali gus memenuhi permintaan tenaga kerja mahir dalam industri makanan dan kulinari negara.
Keterangan Kursus
Program Teknologi Makanan (Single Tier Tahap 2 dan Tahap 3) di Kolej KEDA menawarkan latihan kemahiran TVET yang komprehensif dalam bidang penyediaan makanan dan seni kulinari. Program ini menggabungkan pembelajaran teori dengan latihan praktikal bagi memastikan pelajar menguasai kemahiran yang diperlukan untuk memenuhi kehendak industri.
Pelajar akan diberikan latihan secara hands-on dalam teknik masakan profesional, penyediaan pelbagai menu tempatan dan Barat, penghasilan produk makanan, seni kulinari serta pengurusan operasi dapur. Penekanan turut diberikan terhadap aspek kebersihan, keselamatan makanan, disiplin kerja dan kawalan kualiti bagi memastikan amalan kerja yang memenuhi standard industri.
Melalui latihan menggunakan kemudahan dapur dan bengkel kulinari, pelajar berpeluang membina keyakinan serta meningkatkan kompetensi dalam bidang yang diceburi. Program ini bertujuan menyediakan tenaga kerja mahir yang berpengetahuan, kreatif dan bersedia untuk bekerja dalam industri hotel, restoran, kafe, katering serta perkhidmatan makanan. Program ini juga menjadi asas kepada pelajar yang berminat untuk membangunkan perniagaan makanan sendiri.
Bidang Pembelajaran Utama
Kebersihan dan Keselamatan Dapur
Teknik Memasak
Teknik Memotong dan Penyediaan Bahan
Penyediaan Hidangan Ringkas dan Sarapan Pagi
Penyediaan Sos, Salad dan Sup
Penghasilan Hidangan Mi
Penghasilan Pelbagai Jenis Pasta
Seni Penyediaan Pencuci Mulut
Pengajian Islam
Teknologi Maklumat(IT)
Pentauliahan
Program Teknologi Penyediaan Makanan di Kolej KEDA mendapat pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia.
Tahap 2
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2: Penyediaan dan Penghasilan Makanan
Tahap 3
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3: Operasi Seni Kulinari
Pengambilan Pelajar
Pengambilan pelajar baharu bagi Program Teknologi Penyediaan Makanan dilaksanakan sekali dalam tempoh setahun.
Pengambilan
Sekali Setahun
Syarat Kemasukan
Pemohon yang berminat untuk mengikuti program ini hendaklah memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 17 hingga 25 tahun.
- Belum berkahwin.
- Sihat mental dan fizikal.
- Menguasai 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Minat)
Kemahiran yang Dipelajari
Pelajar akan mengikuti latihan teori dan amali dalam pelbagai aspek penyediaan serta pengendalian makanan.
- Menyediakan bahan mentah dan ramuan masakan.
- Menguasai teknik penggunaan pisau dan pemotongan bahan makanan.
- Mengaplikasikan pelbagai teknik memasak.
- Menghasilkan pelbagai jenis hidangan.
- Mengendalikan perkakasan dan peralatan dapur.
- Mengurus aktiviti penyediaan makanan dan katering.
- Mengamalkan kebersihan serta keselamatan makanan.
- Mengurus ruang kerja dapur secara sistematik.
Prospek Kerjaya
Graduan Program Teknologi Penyediaan Makanan mempunyai peluang kerjaya dalam industri makanan, katering, perhotelan, restoran, institusi kerajaan serta bidang keusahawanan makanan.
Cef Hotel
Cef Restoran
Pembantu Penyediaan Makanan
Krew Katering
Cef Selebriti
Pengusaha Katering
Usahawan Makanan
Tenaga Pengajar TVET