Program Teknologi Fabrik Wanita
Program latihan kemahiran dalam bidang penghasilan pakaian wanita yang merangkumi teknik mengambil ukuran, menghasilkan pola, memotong fabrik dan menjahit menggunakan mesin serta peralatan jahitan terkini.
Program Kemahiran TVET
Teknologi Fabrik Wanita
Program ini menyediakan latihan teori dan amali bagi melahirkan tenaga kerja mahir, kreatif dan kompeten dalam bidang penghasilan pakaian wanita serta memenuhi keperluan industri fesyen, pakaian dan tekstil.
Keterangan Program
Program Teknologi Fabrik Wanita dibangunkan bagi memberikan peluang kepada pelajar yang berminat untuk mengikuti pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bidang teknologi fabrik. Program ini menjadi platform dalam menyediakan tenaga kerja mahir dan terlatih bagi memenuhi keperluan industri fesyen, pakaian dan tekstil.
Program ini membantu pelajar mengembangkan pengetahuan, kreativiti dan kemahiran teknikal dalam bidang penghasilan pakaian wanita. Latihan yang diberikan dapat meningkatkan keupayaan serta keyakinan pelajar untuk merebut peluang pekerjaan dan membina kerjaya
dalam industri fesyen.
Pelajar akan diberikan pendedahan berkaitan dunia fesyen wanita serta mempelajari teknik mengambil ukuran, menghasilkan pola, memotong pelbagai jenis fabrik dan menjahit pakaian menggunakan mesin serta peralatan jahitan terkini.
Selain menyediakan graduan untuk memasuki sektor pekerjaan, program ini turut memberikan asas pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan, membuka butik atau menyediakan perkhidmatan jahitan secara profesional.
Bidang Pembelajaran Utama
Rekaan Pakaian Wanita
Teknik Mengambil Ukuran
Penghasilan Pola
Teknik Memotong Fabrik
Teknik Jahitan
Pengendalian Mesin Jahit
Penghasilan Sampel
Keusahawanan Fesyen
Pentauliahan
Program Teknologi Fabrik Wanita di Kolej KEDA mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi melaksanakan Persijilan Kemahiran Malaysia.
Tahap 2
C141-005-2:2021
Pembuat Pakaian Wanita
Tahap 3
C241-005-3:2021
Pembuat Pakaian Wanita
Kemahiran yang Dipelajari
Pelajar akan mengikuti latihan teori dan amali dalam proses rekaan serta penghasilan pakaian wanita.
- Mengambil ukuran badan dengan tepat.
- Menghasilkan dan mengubah suai pola pakaian.
- Memilih fabrik berdasarkan jenis dan rekaan pakaian.
- Memotong fabrik berdasarkan pola.
- Mengendalikan mesin dan peralatan jahitan.
- Menjahit pelbagai jenis pakaian wanita.
- Melaksanakan kerja kemasan pakaian.
- Menghasilkan sampel pakaian.
Syarat Kemasukan
Pemohon yang berminat untuk mengikuti program ini hendaklah memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Bumiputera.
- Berumur antara 17 hingga 25 tahun.
- Tamat Tingkatan 5.
- Belum berkahwin.
- Sihat dari segi mental dan fizikal.
- Lulus SPM, SPMV atau kelayakan yang setaraf.
- Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Lulus mata pelajaran Sejarah bagi calon SPM tahun 2013 dan ke atas.
- Tamat Tingkatan 5.
- Lepasan institusi tahfiz atau pondok.
Peluang dalam Industri
Graduan mempunyai peluang untuk membina kerjaya atau menceburi bidang keusahawanan dalam sektor fesyen, pakaian, tekstil dan pengeluaran fabrik.
- Industri fesyen dan pakaian wanita.
- Industri pembuatan tekstil.
- Syarikat pengeluaran pakaian.
- Butik pakaian dan perkhidmatan jahitan.
- Perniagaan pakaian secara dalam talian.
- Perkhidmatan rekaan dan penghasilan pakaian.
- Bidang latihan kemahiran dan TVET.
Prospek Kerjaya
Graduan Program Teknologi Fabrik Wanita mempunyai peluang untuk membina kerjaya dalam industri fesyen, pakaian, tekstil, latihan kemahiran dan keusahawanan.
Pereka Fesyen
Perunding Imej
Pengusaha Butik / Usahawan
Penolong Pegawai Latihan Vokasional
Pegawai Penilai Pusat Bertauliah
Pengajar Kemahiran
Tukang Jahit
Pembuat Pola
Pembuat Sampel
Pemotong Fabrik
Penyelia Pengeluaran
Pembantu Wardrobe