Unit dan Tugas
Setiap unit di Kolej KEDA memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan, pembangunan latihan dan penyampaian perkhidmatan dilaksanakan dengan cekap serta berkesan.
Unit
PENTADBIRAN, ASET & KESELAMATAN
Bertanggungjawab mengurus pentadbiran am, kemudahan dan utiliti pejabat, sistem fail, mesyuarat, stor serta pengurusan aset Kolej KEDA termasuk pendaftaran, pemantauan dan penilaian semula aset. Turut mengurus gaji CFS, cuti dan kebajikan staf, kebajikan pelajar berkaitan kafeteria, keselamatan kolej, permohonan sewaan premis, pengeluaran stok serta penyelarasan kursus dalaman staf termasuk urusan kenderaan dan penginapan.
Unit
UNIT TEKNIKAL, PRASARANA & ASRAMA
Bertanggungjawab merancang pembangunan fizikal dan infrastruktur Kolej KEDA, menyediakan laporan awal projek, anggaran kos, dokumen Bill of Quantities (BQ) serta dokumen berkaitan projek. Turut melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan kerja di tapak, menyediakan laporan siap kerja, mengurus penyelenggaraan bangunan serta memantau kebersihan dan keceriaan kawasan premis sewaan. Selain itu, merancang dan menyelaras penambahbaikan premis sewaan bagi memastikan kemudahan, keselamatan dan persekitaran berada dalam keadaan baik serta memenuhi keperluan semasa.
Unit
ICT & MEDIA
Bertanggungjawab mengurus tempahan dan penggunaan makmal komputer, menyelia penggunaan peralatan ICT pejabat serta mengurus sistem, rekod dan dokumentasi berkaitan teknologi maklumat. Turut mengurus inventori perkakasan dan perisian IT, termasuk pendaftaran, pemantauan dan penyelenggaraan rekod inventori, serta menyelaras pengurusan media sosial Kolej KEDA bagi memastikan penyampaian maklumat dan hebahan rasmi dilaksanakan dengan berkesan.
Unit
KEWANGAN
Bertanggungjawab mengurus perolehan, kutipan hasil dan Panjar Wang Runcit (PWR), termasuk urusan pembayaran bil utiliti dan bahan bacaan. Turut mengurus pendaftaran serta pengemaskinian projek di bawah seliaan Kolej KEDA, mengemas kini sistem SPPII, menyediakan laporan prestasi kemajuan projek untuk Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Projek KEDA (JTPK) dan laporan prestasi kewangan. Selain itu, melaksanakan penyediaan resit FER serta baucar bayaran melalui sistem SAGA, EFT Banker dan FD bagi memastikan urusan kewangan dan pentadbiran dilaksanakan dengan teratur.
Unit
PEMBANGUNAN TVET(AKADEMIK)
Bertanggungjawab melaksanakan pengajaran dan latihan kemahiran vokasional berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK/NOSS) serta keperluan industri, termasuk menjalankan peranan sebagai Personel Pusat Bertauliah. Turut merancang dan memantau kemajuan serta kehadiran pelajar, membangunkan modul pembelajaran dan kurikulum latihan, serta menyelaras keperluan peralatan dan bahan latihan. Selain itu, terlibat dalam pengambilan pelajar, pelaksanaan latihan industri dan program pra-kerjaya, penyediaan dokumen audit bagi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Suruhanjaya Tenaga (ST), serta pelaksanaan program bimbingan kerjaya dan pembangunan alumni Kolej KEDA.
Unit
HAL EHWAL PELAJAR
Bertanggungjawab mengurus, menyelaras dan melaksanakan urusan pendaftaran serta pengambilan pelajar kursus kemahiran vokasional, pengurusan rekod dan penyimpanan sijil pelajar serta urusan berkaitan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui sistem e-SKM. Turut mengurus aktiviti kokurikulum, sukan dan Pusat Kegiatan Pelajar, menyelaras penginapan serta makan minum pelajar, memantau disiplin dan menyediakan khidmat kebajikan, kecemasan, kaunseling serta bimbingan pelajar. Selain itu, mengurus pentauliahan personel bagi tenaga pengajar Kolej KEDA bagi memastikan pelaksanaan latihan kemahiran berjalan lancar dan mematuhi keperluan yang ditetapkan.
Unit
PENGAMBILAN, PROMOSI & KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Bertanggungjawab mengurus rekod dan keperluan pelajar baharu, menyediakan data pengambilan serta menyelaras proses kemasukan pelajar ke Kolej KEDA. Turut melaksanakan aktiviti promosi bagi menarik minat calon pelajar serta menjalankan kajian kebolehpasaran graduan untuk menilai peluang pekerjaan dan keberkesanan program latihan yang ditawarkan.
Unit
PEMBANGUNAN KOMERSIL
Bertanggungjawab merancang, melaksanakan dan memantau Kursus Pembangunan Komersial serta kursus jangka pendek, termasuk menyediakan laporan pelaksanaan dan pencapaian kursus. Turut menyelaras permohonan kursus baharu dan pentauliahan semula kursus serta membantu pihak pengurusan merancang pembangunan Pusat Inkubator Kolej KEDA bagi memperkukuh pembangunan kemahiran, keusahawanan dan kebolehpasaran peserta.