Piagam Pelanggan
Komitmen Kolej KEDA dalam memberikan perkhidmatan, latihan kemahiran dan pengurusan pelanggan yang berkualiti, cekap serta berintegriti.
Komitmen Kami
Kami di Kolej KEDA berazam untuk menjadi institusi kemahiran yang unggul dalam melahirkan tenaga mahir yang diperlukan oleh negara. Dengan itu, kami berjanji untuk melaksanakan komitmen berikut:
Janji Kami Kepada Pelanggan
Program Latihan Berkualiti
Menyediakan dan mengendalikan program latihan kemahiran yang berkualiti selari dengan keperluan negara serta perkembangan teknologi,
berdasarkan NOSS yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Hebahan Permohonan Kemasukan
Mengiklankan maklumat permohonan kemasukan pelajar dalam tempoh tiga bulan sebelum proses pengambilan dilaksanakan.
Proses Pengambilan Pelajar
Memastikan semua proses pengambilan pelajar disempurnakan dalam tempoh dua bulan dari tarikh iklan ditutup.
Maklum Balas Permohonan
Memastikan maklum balas permohonan kemasukan pelajar ke Kolej KEDA diberikan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh temu duga.
Pengambilan Mengikut Jadual
Menjalankan proses pengambilan pelajar mengikut tempoh dan masa yang telah ditetapkan.
Kursus Jangka Pendek
Memastikan maklum balas permohonan peserta kursus jangka pendek dimaklumkan dalam tempoh dua minggu sebelum kursus dilaksanakan.
Tempoh Latihan Mengikut Ketetapan JPK
Memastikan pelajar diberikan latihan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Tahap 1
6 Bulan
Tahap 2
6 Bulan
Tahap 3
6 Bulan
Tenaga Pengajar Berkelayakan
Menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakan, cekap, komited, berketerampilan serta diiktiraf.
Kebajikan dan Keselamatan Pelajar
Memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada pelajar melibatkan aspek kebajikan, kesihatan dan keselamatan pelajar Kolej KEDA.
Pertanyaan dan Aduan
Memberikan respons kepada semua jenis pertanyaan dan aduan dalam tempoh tujuh hari bekerja.
Pegangan Kami
“Dalam melaksanakan tanggungjawab yang menjadi amanah Kolej KEDA, perkhidmatan yang cekap, menepati masa dan berintegriti menjadi pegangan kami.”