Sejarah Penubuhan
Menelusuri perjalanan penubuhan dan perkembangan Kolej KEDA sebagai sebuah institusi latihan kemahiran dalam melahirkan tenaga mahir yang kompeten.
Latar Belakang
Pusat Latihan KEDA yang kini dikenali sebagai Kolej KEDA telah ditubuhkan hasil pembiayaan Bank Pembangunan Asia (ADB) dan peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi membiayai Program Pembangunan di KEDA meliputi komponen pertanian, pembangunan bandar dan wilayah, perindustrian, perniagaan serta pembangunan tenaga manusia.
Perjalanan Kolej KEDA
Pembinaan Bermula
Pembinaan Pusat Latihan KEDA bermula pada tahun 1986 di bawah Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4). Pusat ini dibangunkan bagi melaksanakan program latihan yang inovatif kepada kumpulan sasar serta membantu menjayakan program pembangunan dan perbandaran KEDA.
PUSTIKA Mula Beroperasi
Pusat ini mula beroperasi pada bulan Mac 1989 dengan nama Pusat Latihan KEDA (PUSTIKA). Program latihan pada peringkat awal tertumpu kepada bidang anyaman berasaskan buluh, bertam dan mengkuang.
Perkembangan Bidang Kemahiran
Program latihan kemudiannya dikembangkan kepada bidang pertukangan dan pembinaan bagi memberi peluang kepada peserta menjana ekonomi melalui bidang pembinaan dalam Program Pembangunan Kampung Tradisional dan Program KESBAN.
Penjenamaan Kolej KEDA
Pusat Latihan KEDA (PUSTIKA) telah dijenamakan semula sebagai Kolej KEDA pada tahun 2012, selaras dengan perkembangan institusi dan peluasan program latihan kemahiran.
Institusi Latihan Kemahiran
Kolej KEDA terus berkembang sebagai sebuah institusi latihan yang menyediakan program Sijil Kemahiran Malaysia dalam pelbagai bidang kemahiran bagi melahirkan tenaga mahir yang kompeten dan berdaya saing.
Kepimpinan Kolej KEDA
Sepanjang penubuhannya, Kolej KEDA telah diterajui oleh sembilan orang Pengetua dan Pengarah.
Pengetua Pertama
En. Mohd Kameh Bin Abdullah
1989 – 1996
Pengetua Ke-2
Tn. Hj. Arifuddin Bin Habib
1996 – 2003
Pengetua Ke-3
Tn. Hj. Marzuki Bin Md Zin
2003 – 2006
Pengetua Ke-4
En. Zulkifley Bin Yahya
2006 – 2008
Pengetua Ke-5
En. Nain Bin Abdullah
2008 – 2011
Pengetua Ke-6
Tn. Hj. Ahmad Shukri Bin Jusoh
2011 – 2016
Pengetua Ke-7
Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Abdul Khalek
2016 – 2020
Pengarah Ke-8
Tn. Haji Abd Aziz Bin Salleh
2020 – 2021
Pengarah Ke-9 • Kini
En. Che Ridzuan Bin Mohamad Isa
2021 – Sekarang
Kolej KEDA Kini
Kolej KEDA kini menjalankan program Sijil Kemahiran Malaysia dengan menawarkan tujuh bidang kemahiran. Program-program ini telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Teknologi Kimpalan
Teknologi Elektrik
Teknologi Motosikal
Teknologi Makanan
Teknologi Fabrik Lelaki dan Wanita
Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
Teknologi Automotif